Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya didalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu. Pantun juga merupakan warisan orang melayu sejak dari dahulu lagi .
Sunday, 25 November 2012
Pantun
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati . Pantun terpendek terdiri daripada 2 baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya . Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi 4 , 6 ataupun 8 baris . Jarang terdapat pantun yang melebihi 8 baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada 4 barisan . Pantun terbahagi kepada 2 bahagian sama banyak rangkapnya , iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun 4 kerat terdiri daripada 2 ayat pembayang dan 2 ayat maksud , dan bagi pembayang pantun 8 kerat adalah 4 ayat pembayang dan 4 ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment